Saturday, June 6, 2009

Ah long????

Menurut Wikipedia, “Ah long” merupakan istilah popular bagi 'ceti haram'. Ia merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah di senarai hitam, diisytiharkan muflis dsb.


Di mana hilangnya nilai-nilai kemanusiaan???

Neraka Along: Peminjam Tak Bayar Hutang Dikurung, Dilayan Macam Hamba,(Sumber: Berita Harian, 28 Mei)

Di mana hilangnya perikemanusiaan ketika 3 orang tahanan “Along” di kurung dan di rantai tanpa diberi makanan yang secukupnya serta di pukul apabila cuba untuk meminta tolong dengan orang ramai. Ketiga-tiga tahanan di kurung hanya kerana gagal melunaskan hutang di antara 1,500-4,000.



Saya amat berharap, agar kejadian ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat dan tidak akan meminjam duit daripada along lagi.

No comments:

Post a Comment